Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat peningkatan lebih 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam.
Dua negara kini mempunyai angka kematian melebihi 20,000 manakala tiga lagi melebihi 10,000 kes.
Amerika Syarikat (AS) kini menjadi negara paling tinggi angka korban melepasi Itali apabila menjadi satu-satunya negara yang mempunyai angka kematian sebanyak 23,078.
Itali pula di kedudukan kedua dengan kematian 20,465 kes dan menunjukkan penurunan kes kematian sejak beberapa hari lalu.
Sepanyol juga mencatatkan penurunan hari ke hari dalam kes korban adalah 17,628 kes.
Sementara itu, Perancis dan United Kingdom masing-masing mencatatkan 14,967 dan 11,329 mangsa maut akibat pandemik itu.