PELAKON Zarina Anjoulie Lavocah membuat permohonan maaf terhadap pelakon, Sharifah Sakinah dan Fizo Omar berikutan beberapa isu yang timbul di antara mereka baru-baru ini.
Zarina menerusi video berdurasi 2 minit 55 saat yang dimuat naik di IGTV Instagram meminta supaya warganet berhenti menulis kecaman terhadap Sakinah kerana dia sendiri mengenali peribadi pelakon drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka itu.
“Saya dengan Sakinah pernah berkawan baik dan tak perlu nak bergaduh. Saya pun nak minta maaf kepada Sakinah dan dia pun sudah meminta maaf dengan saya. Saya kenal dia dan dia adalah orang yang baik. Mungkin dalam situasi sekarang, dia nak pertahankan kawan-kawan atau apa, tapi tak kisahlah. Yang saya tahu, dia adalah orang yang baik,” katanya.
Dia juga meminta warganet supaya tidak menghakimi permohonan maaf Sakinah itu.
“Dia sudah minta maaf pun masih ramai yang kecam dia dan kata dia tak ikhlas. Itu antara dia dengan Tuhan. Yang penting dia sudah minta maaf. Saya harap, kita sama-sama tak ada rasa dendam atau apa. Cuma warganet fikirkan, dulu saya ada buat silap dan anda terima saya. Jadi, sila buat benda sama kepada Sakinah,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina juga meminta maaf kepada Fizo kerana mengeluarkan kata-kata kurang elok dalam satu video yang dimuat naik yang menurutnya, terlalu mengikut perasaan.
“Saya memang ada sebut nama dia (dalam video sebelum ini) dan saya nak minta maaf. Kalau saya berani maki orang, buat apa saya malu untuk minta maaf? Bukan sebab saya takut atau apa, tapi kerana saya tahu ini adalah tindakan yang sepatutnya saya lakukan. Kepada yang lain-lain (artis lain), saya ada hak untuk marah, tapi untuk Fizo, saya minta maaf,” katanya.
Video itu turut menerima komen daripada Sakinah yang menulis emoji hati tanda berdamai.
Setakat ini, video itu sudah mendapat lebih 155,000 tontonan lebih 1,000 komen.