Kes positif COVID-19 kini melepasi 3.7 juta di seluruh dunia

Kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.7 juta, pertambahan lebih 80,000 kes. -Gambar fail

KES positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.7 juta, pertambahan lebih 80,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan bilangan negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes kini meningkat kepada 10 negara dengan pertambahan Iran.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.2 juta.

Tiga negara kini melepasi angka 200,000 dengan pertambahan United Kingdom (UK) pada Rabu, selepas Sepanyol dengan 219,000 dan Itali 214,000.

Peningkatan mendadak kes positif di United Kingdom (UK), meletakkan negara itu di kedudukan keempat dengan 202,000 kes.

Perancis dan Jerman menjadi negara kelima dan keenam mempunyai kes jangkitan antara tertinggi dengan masing-masing 170,000 dan 167,000 kes.

Ini diikuti dengan Rusia 165,000; Turki 131,000; Brazil 121,000 dan Iran 101,000 kes.