COVID-19: Kemungkinan perintah ‘lockdown’ susulan di Korea Selatan

Sejak pukul 6 pagi Rabu waktu tempatan, rakyat Korea Selatan keluar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka. Foto: AP

KEMUNGKINAN perintah 'lockdown' susulan akan berlaku di Korea Selatan selepas Pilihan Raya Parlimen yang berlangsung di negara itu pada Rabu.

Namun, langkah awal pencegahan penularan COVID-19 dilakukan oleh petugas semasa proses pengiraan kertas undi dan proses mengundi.

Sejak pukul 6 pagi Rabu waktu tempatan, rakyat Korea Selatan keluar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka.

Proses pengundian berlangsung dalam keadaan berbeza di mana setiap pusat pengundian diwajibkan memakai topeng muka, diperiksa suhu badan dan diminta mengamalkan penjarakan sosial.

BACA: Rakyat Korea Selatan keluar mengundi di sebalik kebimbangan jangkitan COVID-19

Selesai proses pengundian, langkah seumpanya dilakukan petugas yang melakukan proses pengiraan kertas undi dengan memakai sarung tangan dan penjarakan sosial.

Pengundian ini dijalankan setiap empat tahun.

Pilihan raya kali ini akan menentukan sama ada parti pemerintah, parti demokratik kekal atau hilang majoriti di Parlimen.

BACA: COVID-19: Ramai langgar peraturan kuarantin, Korea Selatan umum guna gelang elektrik

Korea Selatan adalah satu-satunya negara yang mengadakan pilihan raya umum ketika pandemik COVID-19 melanda sejumlah besar negara di dunia.

Negara itu mencatat 10,564 jangkitan dengan 222 kematian sehingga kini.