COVID-19: Angka kematian global lepasi 790,000 kes

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 174,104. – REUTERS

ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat wabak itu kini sebanyak lebih 790,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 174,104.

Ini diikuti Brazil dengan 111,100 kes korban dan Mexico dengan 58,481 kematian.

India dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan 53,866 kes dan 41,489 korban COVID-19.

Sementara itu Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,418 kes dan 30,434 kes.

Dua negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 ialah Sepanyol dengan 28,813 ribu dan Peru dengan 26,834 kes.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes