Tiada had masa untuk keluar

TIADA had masa bagi kenderaan persendirian bergerak selepas jam 10 malam termasuk dari daerah ke daerah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu melalui sidang media harian hari ini.

Melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semua pergerakan kenderaan persendirian sudah dibebaskan.

“Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan.

“Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan