COVID-19 tiada manipulasi genetik – Pakar virus

Pakar virus Perancis percaya, virus itu disebarkan daripada haiwan kepada manusia mungkin lebih awal dari bulan Disember atau Oktober. – REUTERS/Issei Kato

SEORANG pakar virus terkemuka dari Institut Pasteur, Perancis menyatakan keyakinan koronavirus tidak diciptakan melalui manipulasi.

Memetik laporan Associated Press, Profesor Olivier Schwartz berkata, dapatan kajian mendapati, virus itu disebarkan daripada haiwan kepada manusia mungkin lebih awal dari bulan Disember atau Oktober.

“Saya yakin bahawa virus itu tidak diciptakan oleh manipulasi apa pun. Kami mengesahkan daripada urutan genetik virus, kami tahu dengan tepat cetakannya, seperti ketika anda melakukan cap jari.

“Kami tahu bahawa virus ini sangat dekat dengan virus yang dijumpai pada spesies haiwan, kebanyakannya kelawar tetapi juga tenggiling dan adalah jelas bahawa virus ini disebarkan daripada model haiwan kepada manusia mungkin pada bulan Disember atau November malah lebih awal daripada itu, di China.

“Tetapi tidak ada satu pun bukti sebarang manipulasi genetik yang disebarkan kepada manusia,” katanya.

Jelasnya, virus itu sememangnya berasal dari China, namun tiada satu pun bukti menunjukkan ia adalah manipulasi genetik virus yang disebarkan kepada manusia.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini menuduh China mungkin melakukan kesilapan yang besar sehingga menyebarkan koronavirus di seluruh dunia.

Seperti mana makmal di seluruh dunia, pasukan saintis Olivier Schwartz kini sedang meneliti kesan antibodi kepada mereka yang dijangkiti COVID-19.

Schwartz juga percaya kemungkinan berlakunya gelombang kedua virus itu selepas Perancis akan melonggarkan sekatan kawalan pergerakan bermula 11 Mei ini.