Tiga vaksin diuji secara klinikal di China

Penyelidik Akademi Sains China, Yan Jinghua berharap republik itu dapat menyertai inisiatif yang dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memperkasakan perkembangan vaksin secara global. – Reuters

BEIJING: Para saintis China memaklumkan ketika ini, tiga vaksin COVID-19 sedang diuji secara klinikal.

Namun, mereka memaklumkan proses klinikal adalah rumit dan kerjasama antarabangsa amat diperlukan ketika ini.

Menurut Pengarah Institut Biologi Patogen di Akademi Sains Perubatan Cina, Jin Qi, vaksin paling awal diuji terhadap seekor cimpanzi sudah selesai Fasa 1 dan kini berada dalam Fasa 2.

Dalam pada itu, Penyelidik Akademi Sains China, Yan Jinghua berharap republik itu dapat menyertai inisiatif yang dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memperkasakan perkembangan vaksin secara global.

Dalam sidang media sama, pengkaji dari pusat kawalan dan pencegahan penyakit, Liu Peipei, memaklumkan kebocoran maklumat tentang vaksin yang sedang diuji tidak akan berlaku.