Menurut kerajaan, program 'Ehsaas Emergency Cash' itu akan menyalurkan 12,000 Rupee atau sekitar RM311 kepada setiap 12 juta keluarga yang berpendapatan rendah.
Bagi mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan tersebut, kaedah pemetaan data dan pengesahan biometrik dilakukan.
Bantuan itu ketika ini sedang diserahkan di sekolah-sekolah terlibat dan pusat komuniti.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Imran Khan mengumumkan lanjutan 'lockdown' yang mula dilaksanakan sejak 23 Mac kepada dua minggu lagi hingga 28 April bagi terus memerangi COVID-19 dan pada masa sama memastikan rakyatnya tidak kebeluran.
Pada masa sama, beliau menyeru pemegang taruh antarabangsa melaksanakan penangguhan pembayaran hutang terhadap negara-negara miskin yang terjejas akibat COVID-19.
Setakat Rabu, Pakistan mencatatkan menghampiri 6,000 kes positif dengan 107 kematian.