Memetik laporan CNBC, langkah tersebut bertujuan mendedahkan orang ramai kepada virus tersebut bagi meningkatkan sistem imun badan dalam kalangan penduduk.
Ketua Epidemiologi Sweden, Dr. Anders Tegnell, mendakwa langkah tersebut sudah menunjukkan 'keberkesanan' dan imuniti kelompok dijangka dapat dicapai di Stockholm dalam tempoh beberapa minggu.
“Di bahagian utama di Sweden khususnya sekitar Stockholm, kita telah melandaikan jangkitan (dalam kes-kes baharu) dan kita sudah melihat kesan imuniti kelompok. Dalam beberapa minggu lagi kita akan melihat lebih banyak kesan tersebut.
“Keadaan di seluruh negara juga stabil,” katanya memetik portal tersebut pada Selasa.
Imuniti kelompok atau Herd Immunity merupakan keadaan di mana agen jangkitan tidak dapat memasuki atau menyebar dalam kalangan suatu kelompok masyarakat.
Ia kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut.
Imuniti kelompok, yang kebiasaannya dicapai melalui vaksinasi – akan dianggap mencapai kekebalan apabila ia mencecah 60 peratus dalam kalangan penduduk.
BACA: COVID-19: Sweden catat lebih 2,000 kematian, kes naik mendadak
Bagaimanapun, Sweden merekodkan 16,755 kes positif COVID-19, dengan pertambahan 751 kes baharu antara Rabu dan Khamis.
Sementara, angka kematian di Sweden kini berjumlah 2,021.Bagaimanapun, Sweden merekodkan 16,755 kes positif COVID-19, dengan pertambahan 751 kes baharu antara Rabu dan Khamis.
Sementara, angka kematian di Sweden kini berjumlah 2,021 orang.