COVID-19 ragut lebih 761,900 nyawa di seluruh dunia

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kematian global meningkat 10,000 kes dalam tempoh 24 jam. -Reuters

ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kematian global meningkat 10,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih 761,900 kes.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 168,154 kes, diikuti Brazil (105,463 ), Mexico (55,293 ).

United Kingdom dan India masing-masing melepasi angka 46,000 kematian.

Sementara itu Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan 35,234  kes dan 30,410  kes.

Dua negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 adalah Sepanyol dengan 28,617 kematian dan peru (25,648  kes).

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.