Bagaimanapun, hasil jualan perniagaan tersebut dilaporkan menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya meskipun dibenarkan beroperasi susulan impak pandemik COVID-19.
Beberapa pengeluar jenama coklat kini sedang berusaha keras bagi memastikan jualan mereka tidak terjejas dalam tempoh kritikal ini.
Ketua Persatuan Pengeluar Coklat dan Biskut Belgium, Guy Gallet berkata kebiasaannya coklat Easter menyumbang kira-kira 15 hingga 25 peratus pendapatan tahunan bagi industri coklat. Namun segalanya berubah tahun ini.
Di Belgium, pendapatan hasil pengeluaran coklat menyumbang sebanyak AS$6 bilion dengan purata penggunaan tahunan sebanyak enam kilogram setiap pengguna.