Menurut data Johns Hopkins University, ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah melebihi 148,000.
Setakat ini, dua negara mempunyai angka kematian melebihi 20,000 manakala tiga lagi melebihi 10,000.
BACA: COVID-19: Jumlah kes positif cecah 2.24 juta
Amerika Syarikat(AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas dan satu-satunya negara yang mempunyai angka kematian melebihi 30,000 dengan mencatatkan keseluruhan 32,232 kes.
Ini diikuti dengan Itali yang mempunyai angka korban sebanyak 22,745 kes.
Sepanyol dan Perancis pula masing-masing mempunyai angka kematian menghampiri 20,000 iaitu dengan 19,000 dan 18,000 kes.
Manakala sebanyak 14,576 kes kematian direkodkan di United Kingdom (UK).
Kebanyakan negara Eropah yang terjejas teruk akibat COVID-19 mencatatkan angka kematian yang semakin menurun sejak seminggu lalu.