Pengarah Perubatan Jepun, Yoshitake Yokokura, berharap vaksin yang berkesan bagi merawat COVID-19 dapat dihasilkan secepat mungkin.
Bagaimanapun, temasya tersebut masih boleh berjalan lancar sekiranya penularan wabak itu terkawal bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia.
"Pada pendapat saya, amat sukar untuk mengadakan Sukan Olimpik melainkan terdapat vaksin yang berkesan.
"Ia tidak bermakna temasya itu tidak patut diadakan, tetapi pada pendapat saya ia sukar untuk dijalankan melainkan sudah terdapat vaksin menjelang 2021," katanya dalam sidang media pada Selasa.
BACA: COVID-19: Pandemik masih belum berakhir – WHO
Sebelum ini, pakar dan saintis memaklumkan untuk menghasilkan vaksin yang berkesan ia mengambil masa selama beberapa tahun atau lebih lama.
Terdahulu, Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersetuju menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo pada Julai 2021 susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia.
BACA: Olimpik Tokyo tidak akan berlangsung tahun depan – Penganalisis
BACA: Tarikh baharu Olimpik Tokyo 23 Julai – 8 Ogos 2021
Setakat ini, Jepun merekodkan 13,576 kes positif COVID-19 dengan 389 kematian.