Menurut seorang petani, Alice Gray, biri-biri betina diberi nama Prickles itu ditemukan di kawasan tanah miliknya dalam keadaannya yang berbulu lebat sebelum ditangkap oleh suaminya.
Jelas Alice, Prickles yang dilihat tidak selesa dengan keadaan bulunya itu lantaran bercadang untuk menggunakan bulu tersebut bagi membantu mereka yang dalam kesusahan berdepan pandemik COVID-19.
“Kami ada bercakap mengenai kehebatan Prickles dalam menjalani ‘kuarantin diri’ selama tujuh tahun itu dan juga memikirkan situasi kini iaitu COVID-19.
“Jadi, kami bercadang untuk mengadakan sebuah pertandingan meneka berat bulu Prickles dan hasil duit penyertaan akan disumbangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” lapornya kepada agensi berita BBC.
Kata Alice, kejadian kebakaran tujuh tahun lalu itu telah menyebabkan pagar-pagar di ladangnya turut musnah.
“Kami terpaksa membina semula pagar dan disebabkan itu, kami percaya bahawa Prickles mungkin terperangkap di dalam belukar tidak jauh dari kawasan ladang kami,” katanya.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 80 kediaman terjejas akibat kebakaran besar di Tasmania yang turut mengakibatkan kehilangan haiwan dan tanaman rosak.
BACA: 80 kediaman musnah di Tasmania
BACA: Kebakaran hutan Tasmania semakin buruk