Menurut Gabenor New York Andrew Cuomo, warga emas dan penghuni kemudahan itu berisiko tinggi setelah ia menjadi pusat penularan terkini COVID-19 di negara Uncle Sam kebelakangan ini.
Menurut laporan The Associated Press, lebih 2,700 penghuni rumah penjagaan kesihatan dan warga emas di sini meninggal dunia akibat wabak tersebut.
Angka itu mengatasi kadar kematian di beberapa negeri lain.
"Orang ramai sangat kecewa. Kami sangat khuatir, takut dan marah. Kita tidak pernah melalui situasi ini sebelum ini,” kata Cuomo.
“Ia adalah pengalaman yang sangat buruk di setiap peringkat. Ia menjadikan kita tiada arah dan mengancam jiwa kita.
“Ia jadikan kita imbas balik kehidupan kita. Ia adalah sangat sukar, secara mental dan emosi.
"Dari segi ekonomi, ia sangat buruk. Pasaran saham juga menurun dan dana pencen anda juga menurun. Anda tiada gaji. Ini adalah masa yang sangat sukar.”
Dalam masa yang sama, angka kematian di negeri New York telah turut menurun kepada paras bawah 550 pada Jumaat.
Ini adalah kali pertama angka berkenaan berada di paras tersebut dalam tempoh dua minggu.
Kadar kemasukan ke hospital juga menurun.
Sehingga kini kadar kematian di New York akibat COVID-19 adalah sekitar 13,000.
Namun, ini tidak mengambil kira 4,000 kematian yang didakwa disebabkan COVID-19 namun tidak disahkan oleh ujian makmal.
Setakat Ahad, Amerika Syarikat mencatatkan 738,830 kes positif dan 39,014 kematian akibat virus itu secara keseluruhan.