Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Insfrastruktur negeri Mohd Solihan Badri berkata perkhidmatan yang baru bermula pukul 5.00 petang itu disediakan setelah pihaknya membuat penyelarasan iaitu membabitkan operator bas, PLUS Malaysia Bhd (PLUS), polis, imigresen dan semua agensi yang terlibat.
"Perkhidmatan bas ini mula disediakan pada pukul 5.00 petang tadi, kebetulan keadaan hujan dan bas berjaya membawa tiga penumpang.
"Namun, setakat pukul 6.00 petang didapati tiada lagi pejalan kaki kelihatan dari arah Singapura ke Johor, mungkin mereka masih berteduh di tempat pemeriksaan kastam di republik itu," katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Isnin.
BACA: PAJ diminta sediakan bas buat pejalan kaki RGL dan PCA
Mohd Solihan berkata perkhidmatan bas akan disambung semula hari ini dan kekerapan perjalanan adalah bergantung kepada jumlah pejalan kaki yang menggunakan Tambak Johor.
— BERNAMA