Betong: Lapan dipercayai sekeluarga lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar berhampiran Jeti Feri Triso, Beladin di sini, hari ini.
Difahamkan, semua lapan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit sebelum dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah tidak sedarkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.
Beliau berkata, laporan penuh kejadian itu masih belum diperolehi.