Memetik laporan CNN, kebimbangan kini timbul sama ada Trump turut berkemungkinan dijangkiti oleh virus berkenaan.
Individu tersebut dikatakan anggota pengiring yang sentiasa bekerja rapat di sisi presiden dan White House termasuk keluarga Trump sendiri.
Trump turut dilaporkan kecewa selepas dimaklumkan mengenai hal tersebut.
Setiausaha akhbar White House Hogan Gidley mengeluarkan kenyataan bahawa berita itu adalah benar.
“Kami telah diberitahu oleh unit perubatan White House bahawa seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di White House telah diuji positif koronavirus," katanya.
Bagiamanpun jelasnya setakat ini ujian terhadap presiden dan wakil presiden menunjukan keputusan negatif.
“Ujian telah dijalankan terhadap presiden dan wakil presiden dan setakat ini ia menunjukan keputusan negatif dan mereka dalam keadaan sihat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut sumber White House, beberapa kontak rapat dan petugas di situ juga kini terpaksa menjalani ujian saringan.
Ia termasuklah Naib Presiden AS Mike Pence dan kakitangan kanan yang selalu berinteraksi dengan presiden turut menjalani ujian saringan.